Penjawat awam ditahan, disyaki salah guna kuasa bekal barangan RM30,000

Iklan
Penjawat awam ditahan SPRM Kedah kerana disyaki salahguna kuasa untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan bernilai RM30,000. Gambar hiasan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukan untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM30,000 sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini.

Suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang Ahad ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati suspek disyaki mencadangkan dua syarikat sama milik seorang individu yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan pada 2023.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Iklan
Iklan

Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.