Jerebu: 23 kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Putrajaya merekodkan IPU 151. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi 170.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155) serta Batu Pahat dan Kluang masing-masing mencatatkan IPU 152.

Iklan
Iklan

Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 162, Rompin 157, Indera Mahkota 130 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 127.

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman (156), Paka (155), Kuala Terengganu di Terengganu (151), manakala di Melaka ialah Bukit Rambai (154), Bandaraya Melaka (117) dan Alor Gajah (107).

Iklan

Sementara itu, di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban (166), Nilai (164), Port Dickson (152); manakala Putrajaya merekodkan IPU 151; Selangor di Johan Setia (123) dan Sarawak di kawasan IPD Serian (116).

Sebanyak 42 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Iklan

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama