Jerebu: Dedahkan 57 syarikat 'dalang' kebakaran hutan Indonesia - SAM

Iklan
Indonesia sedang memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menjejaskan 31 hektar lagi kawasan di tiga wilayah di Sulawesi dan Papua, di luar enam wilayah keutamaan yang menyaksikan operasi pemadaman berlanjutan selama beberapa bulan. Foto Facebook BNPB

KUALA LUMPUR - Kerajaan Indonesia hendaklah bersikap telus dan terbuka dalam menangani krisis jerebu serantau yang berpunca daripada aktiviti kebakaran di negara berkenaan dengan mendedahkan semua maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi 'dalang' aktiviti tidak bermoral itu.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, pendedahan kepada umum penting bagi mencari pesalah terbabit dan memulakan proses tindakan undang-undang kepada syarikat-syarikat tersebut kerana masalah ditimbulkan membawa kesan serta gejala negatif yang terlalu besar.

Iklan
Iklan

Tegasnya, sikap syarikat terbabit yang mengambil pendekatan mudah dan murah dengan terus membakar untuk penanaman semula mesti dihukum dengan tegas oleh kerajaan Indonesia.

"Sampaikan sekolah pun ditutup, dan ramai orang menghadapi pelbagai masalah kesihatan daripada daripada perbuatan mereka ini yang bukan sekali, tetapi telah berdekad-dekad lamanya membakar hutan sehingga menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di negara serantau.

Iklan

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, Indonesia mengenal pasti 198 suspek individu dalam siasatan kes kebakaran hutan dan tanah, selain memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.

KBRI Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.

Iklan

Kawasan konsesi yang terbakar itu meliputi 33,514.01 hektar, membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700.16 hektar.

Mengulas lanjut, Meena berkata, pendedahan tersebut juga akan membolehkan rakyat di semua negara yang terbabit mencari jalan penyelesaian tanpa terlalu bergantung kepada tindakan kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata.

"Sebagai contoh, rakyat secara umumnya boleh melakukan protes kepada syarikat terbabit dengan tidak lagi member produk mereka sebagai tanda bantahan kepada sikap tidak bertanggung jawab pemilik syarikat dan firma terbabit," ujarnya. - Awani