Bangunan pentadbiran sekolah, stor terbakar

Iklan
Bangunan pentadbiran melibatkan bilik guru, pejabat am dan stor di SK Langkon, Kota Marudu, terbakar.

KOTA MARUDU - Bangunan sekolah menempatkan bilik guru, pejabat am dan stor musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon di sini pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Debli Mamoi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.53 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Kota Marudu.

"Operasi memadam api dimulakan menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan tangki air," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.

Iklan

Katanya lagi, api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan berhampiran.

"Hasil pemeriksaan lanjut, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan

"Operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan sehingga selesai sekitar jam 10.37 malam. Operasi ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, kebakaran hanya melibatkan bangunan blok pentadbiran.

"Hanya yang terbakar ialah bangunan blok pentadbiran dan bilik guru manakala kelas tidak terlibat.

"Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa esok," katanya.