Bakal kahwini lelaki lain, gadis maut ditembak kekasih

Iklan
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.

NEW DELHI - Seorang gadis berusia 19 tahun di India ditembak mati kekasihnya selepas keluarga mangsa menentang hubungan mereka dan mengatur perkahwinannya dengan lelaki lain.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Kamal Raikwar cedera dalam kejadian berbalas tembakan sebelum berjaya ditahan ketika kejadian pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati suspek naik angin dan menyerbu rumah teman wanitanya, Chanchal Raikwar di Jhansi, Uttar Pradesh selepas mengetahui tentang persiapan perkahwinan yang diuruskan keluarga mangsa.

"Dia melarikan diri dari tempat kejadian selepas melihat mangsa terbaring kaku dalam keadaan berlumuran darah," ujar jurucakap pihak berkuasa.

Iklan

Susulan pembunuhan itu, polis menggerakkan empat pasukan untuk memburu suspek sebelum berjaya memberkasnya kira-kira lima jam selepas kejadian.

Senjata api yang dipercayai digunakan Kamal untuk membunuh Chanchal turut dirampas.

Iklan

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. - Agensi