Burung hantu 'misteri' hantui penduduk

Iklan
Pihak berkuasa percaya seekor burung hantu jenis barred owl mungkin bertanggungjawab terhadap kebanyakan kejadian berkenaan.

BOSTON – Lebih 20 penduduk di Brookline, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) tampil berkongsi pengalaman selepas mendakwa pernah diserang seekor burung hantu yang tiba-tiba menyambar kepala dan tubuh mereka.

Kejadian pelik itu mula mendapat perhatian selepas seorang pelajar Universiti Boston, Milena Fernsler, 22, memasang notis di beberapa lokasi sekitar kawasan berkenaan dengan pertanyaan sama ada orang ramai pernah diserang burung hantu.

Iklan
Iklan

Fernsler mengambil inisiatif itu selepas dirinya sendiri diserang ketika berjalan pulang daripada sebuah majlis Halloween bulan lalu.

Beliau berkata, sesuatu objek tiba-tiba menghentam bahagian belakang kepalanya sebelum serangan kedua berlaku ketika dia cuba melarikan diri.

Iklan

Apabila mendongak, dia melihat seekor burung hantu bertenggek di atas tiang telefon berhampiran.

Selepas notis berkenaan dipasang, lebih 20 individu tampil melaporkan pengalaman hampir sama.

Iklan

Pegawai kawalan haiwan Brookline, Brian Bridges berkata, pihak polis menerima beberapa laporan mengenai burung hantu yang menyambar orang ramai tanpa provokasi.

Pihak berkuasa percaya seekor burung hantu jenis barred owl mungkin punca terhadap kebanyakan kejadian berkenaan.

Burung itu dipercayai bertindak agresif kerana sedang mencari atau mempertahankan kawasan yang berpotensi dijadikan tempat bersarang.

Bagaimanapun, pakar ornitologi negeri Massachusetts, Andrew Vitz berkata, kejadian burung hantu benar-benar menyentuh atau mencederakan manusia adalah sangat luar biasa.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika melalui kawasan yang dikenal pasti mempunyai aktiviti burung berkenaan.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya berdiri tegak, mengangkat tangan dan berundur secara perlahan sekiranya melihat burung itu menunjukkan tanda mahu menyerang.

Setakat ini, spesies burung berkenaan belum disahkan secara rasmi dan pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti lokasi serta punca tingkah laku agresif tersebut.-Agensi