Perhilitan pasang perangkap kamera jejak harimau belang di laluan Bukit Fraser

Iklan
Laporan oleh Sinar Harian pada Sabtu.

KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memasang empat perangkap kamera selepas menerima laporan mengenai kelibat seekor harimau belang berkeliaran di tepi jalan laluan Bukit Fraser dekat Raub menghala ke Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Pengarah Perhilitan Pahang Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 9 pagi semalam.

Iklan
Iklan

"Empat petugas Perhilitan telah ke lokasi bagi membuat siasatan dan memasang perangkap kamera,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemantauan di kawasan berkenaan akan diteruskan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehadiran harimau belang itu.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan kelibat haiwan itu yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. - Bernama

 

Iklan