Hakim Afrika Selatan, Navi Pillay raih Hadiah Nobel Keamanan

Iklan
Sepanjang kerjayanya, hakim tersohor itu menangani dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda, Myanmar dan Gaza. Foto Agensi

OSLO - Hakim dan bekas Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay dari Afrika Selatan menerima Hadiah Nobel Keamanan 2026 yang diidamkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari 2025.

Anugerah itu diberikan kepada Pillay, 85, atas jasanya memperjuangkan undang-undang antarabangsa dan menentang jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Sepanjang kerjayanya, hakim tersohor itu menangani dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda, Myanmar dan Gaza.

Bagaimanapun, Trump menyifatkan keputusan Jawatankuasa Nobel Norway sebagai 'memalukan' malah mendakwa tidak pernah mendengar nama Pillay.

Iklan
Iklan

Beberapa jam selepas penerima Hadiah Nobel Keamanan diputuskan, AS mengumumkan sekatan baharu terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sekali gus mencetuskan kecaman segera daripada negara anggota dan PBB. - AFP