MANILA - Gunung Berapi Kanlaon di Filipina Tengah meletus pada tengah hari Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.
Menurut institut itu,"letusan letupan sederhana" berlaku di Gunung Kanlaon di Pulau Negros pada 12:46 tengah hari waktu tempatan Sabtu.
Letusan berlaku selama kira-kira dua minit.
Insiden tersebut menghasilkan kepulan asap yang menjulang 5 hingga 6 kilometer (km) di atas kawah, menurut institut itu.
Iklan
Hujan abu dijangka hanyut ke utara dan timur laut.
Amaran Tahap 2 dikekalkan di atas gunung berapi Gunung Kanlaon, dengan Tahap 5 pada skala tertinggi.
Iklan
Kepulauan Filipina merentasi Lingkaran Api Pasifik yang terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi. - Bernama