AKPS sita 83,000kg lemak haiwan bernilai lebih RM310,000

Iklan
AKPS menyita 83,000 kilogram lemak haiwan yang disyaki dibawa masuk dari Mongolia di Pelabuhan Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita 83,000 kilogram lemak haiwan bernilai RM310,606.26 yang disyaki dibawa masuk dari Mongolia di Pelabuhan Pasir Gudang pada Jumaat.

AKPS memaklumkan sitaan konsainan dagangan komoditi pertanian membabitkan empat beg tangki fleksibel itu hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa pada 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Barangan itu didapati dibawa masuk tanpa permit import mengikut peraturan undang-undang semasa. Justeru, semua barangan dagangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” menurut AKPS dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut AKPS, sebarang ketidakpatuhan atau cubaan mengimport tanpa dokumen sah di pintu masuk negara adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

Iklan

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

 

Iklan