Empat lagi lelaki ditahan kes provokasi di Tasek Bera

Iklan
Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera pada Selasa.

BERA - Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi, menghalang tugas penguatkuasaan, ugutan jenayah dan khianat di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee bin Nazir berkata, tangkapan terbaharu itu membabitkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua lagi lelaki masing-masing berusia 54 dan 57 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap pekerja sebuah syarikat di Kampung Kuala Serting.

"Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan serta melakukan khianat terhadap kenderaan milik syarikat sama," katanya pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Sabtu bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu melengkapkan siasatan.

Tambahnya, polis masih mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

Iklan

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan.

"Masyarakat turut diminta memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh," katanya.