JAS siasat isu pencemaran Sungai Gali, Lampan di Raub

Iklan
Pelbagai spesies ikan ditemukan mati dipercayai berpunca daripada pencemaran serius di Sungai Gali dan Sungai Lampan.

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sedang menjalankan siasatan berhubung isu pencemaran yang dilaporkan berlaku di Sungai Gali dan Sungai Lampan dekat Raub.

Pengarah JAS Pahang, Zakaria Ahmad berkata, siasatan dilaksanakan bermula semalam dan beliau masih menantikan laporan penuh daripada pegawai penyiasat Cawangan JAS Temerloh. 

Iklan
Iklan

"Kita telah ambil sampel air sungai dan efluen yang dipercayai dilepaskan oleh sebuah kilang berhampiran serta perlu tunggu keputusan analisis daripada Jabatan Kimia untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal semalam dilaporkan menggesa JAS bertindak segera bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran sungai berkenaan. 

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu turut meninjau kawasan terbabit dan menemukan pelbagai spesies ikan mati di sepanjang sungai berkenaan selain airnya bertukar hitam serta berbau. - Bernama

 

Iklan