KUALA LUMPUR - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Madani RM100 sebanyak dua kali pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka.
Iklan
Iklan
"Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau pasar tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.
"Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini, insya-ALLAH kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
Menerusi pembentangan Belanjawan tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian SARA sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Bantuan tersebut disalurkan pada pertengahan Februari 2026 sahaja sebagai persiapan menyambut Ramadan serta Tahun Baharu Cina.