Peruntukan bina, selenggara kuaters pasukan keselamatan, doktor dan guru ditingkatkan RM2.3 bilion

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi membina dan menyelenggara kuaters termasuk polis, tentera, bomba, doktor dan guru di seluruh negara ditingkatkan kepada RM2.3 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu sebagai tanda penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam di atas jasa bakti dalam melunas amanah berkhidmat untuk negara.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, peranan Bahagian Pengurusan Hartanah dinaik taraf kepada Jabatan Hartanah Negara bagi memperkukuh pengurusan perumahan penjawat awam.

"Rumah Keluarga Angkatan Tentera juga akan dibina di Skudai, Johor serta kuaters baharu do Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah. Ini memanfaatkan hampir 900 anggota dengan kos lebih RM500 juta.

Iklan

"Selain itu, elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) akan dinaikkan kepada RM9 sejam bagi kategori petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi kategori penyelia dengan peruntukan sebanyak RM339 juta yang memanfaat hampir 50,000 ribu sukarelawan.

"Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal one-off juga ditingkatkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk tempoh perkhidmatan. Ini merupakan tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau menambah, kerajaan turut bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara khas untuk penyandang kepada 12,000 pegawai gred pengurusan dan profesional (P&P).

Ujarnya, usaha itu bertujuan mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad.

Selain itu kata Anwar, kerajaan turut bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.

"Bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran. RM20 juta disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

"Kadar pencen terendah juga akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan. Ini memanfaat hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera (ATM) dan penerima pencen terbitan," katanya.