Belanjawan 2027: Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

Iklan
Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu turut meliputi lebih sejuta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen yang akan menerima RM750 setiap seorang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembayaran bantuan khas kewangan itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena ambang tujuh dasawarsa kemerdekaan.

“Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Iklan

“Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih sejuta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Ujar Anwar, kerajaan turut bersetuju menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM750 kepada kira-kira 70,000 individu yang berkhidmat dalam institusi keagamaan Islam di seluruh negara.

Iklan

Jelasnya, sumbangan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

“Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM750 sebagai menghargai jasa 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut," tambahnya.