Belanjawan2027: Pembantu Guru diperluas bantu kurangkan kerja perkeranian

Iklan
Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan akan ditambah secara berfasa. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Pengambilan Pembantu Guru akan diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi bagi mengurangkan beban kerja perkeranian yang ditanggung guru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan membolehkan golongan pendidik memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas utama mereka iaitu mendidik murid.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pengambilan Pembantu Guru akan ditambah secara berfasa selepas penilaian keberkesanan pelaksanaannya dijalankan.

“Guru harus kembali kepada tugas mendidik anak-anak tanpa dibebani kerja perkeranian.

Iklan
Iklan

“Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan akan ditambah secara berfasa setelah penilaian keberkesanan dilaksanakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.