KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas pada Januari 2027 pada harga mampu milik, dengan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia bawah 55 tahun dibenarkan menggunakan Akaun Sejahtera untuk membayar premium pelan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi pelan itu bayaran hospital akan ditentukan berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan bagi memastikan kos perubatan lebih terkawal serta mudah dijangka.
Iklan
Iklan
Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Kerajaan turut menyediakan subsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, terhad kepada 50 pekerja bagi setiap syarikat.
"Ini dijangka memanfaat hingga 200,000 pekerja," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, bil hospital swasta juga akan menggunakan kategori caj yang seragam dan telus bagi membantu pesakit memahami setiap bayaran serta mengurangkan herotan harga dalam meningkatkan ketelusan kos rawatan swasta.
AKAN MENYUSUL