KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, geran turut disediakan untuk pelaksanaan projek akuakultur bagi meningkatkan pendapatan nelayan termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan tilapia.