Belanjawan 2027: Kerajaan pinda Akta Pengangkutan Jalan, pemandu mabuk wajib bayar pampasan

Iklan
Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itui diambil sebagai langkah tegas terhadap pesalah yang terlibat.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.

"Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan terus memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang dengan peruntukan ditingkatkan kepada RM40 juta.

Selain itu katanya, sejumlah RM2.5 bilion disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, termasuk hampir RM800 juta khas kepada kontraktor G1-G4.

Iklan

"Jalan negeri juga dibaiki menggunakan dana MARRIS RM5.7 bilion. Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya PLUS dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik," katanya.