Belanjawan 2027: Anwar kenang tragedi helikopter Long Lellang, kadar insentif naik ke RM100

Iklan
Tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027.

Beliau yang juga Menteri Kewangan melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu yang melibatkan petugas kesihatan ketika menjalankan perkhidmatan kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju meningkatkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100.

“Kita berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan
Iklan