Belanjawan 2027: Ambil haiwan angkat dapat pelepasan cukai

Iklan
Rakyat yang mengambil haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar bakal menikmati pelepasan cukai individu menerusi peluasan skop pelepasan cukai gaya hidup dalam Belanjawan 2027.

KUALA LUMPUR - Rakyat yang mengambil haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar bakal menikmati pelepasan cukai individu menerusi peluasan skop pelepasan cukai gaya hidup dalam Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu turut meliputi kos pemvaksinan haiwan peliharaan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan turut memperluas pelepasan cukai gaya hidup kepada perbelanjaan langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI).

“Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

 

 

Iklan