Belanjawan 2027: Subsidi Madani jimat ketirisan, bantuan rakyat meningkat kepada RM15 bilion

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan berjaya meningkatkan peruntukan bantuan rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion tahun ini, berbanding RM8 bilion pada 2022 hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hanya kerajaan Madani mempunyai tekad menyasarkan subsidi dan langkah itu antara reformasi berani yang dilaksanakan sejak menetapkan hala tuju dan kerangka dasar ekonomi, hampir empat tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Kerana subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. Hakikatnya, BUDI Madani ialah kejayaan negara yang menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat.

"Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut memperkukuh disiplin fiskal menerusi penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta Akta Perolehan Kerajaan bagi memastikan kuasa Menteri Kewangan dipantau.

Katanya, Akta Audit turut diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam.

Iklan

"Kesannya, keyakinan pelabur meningkat, pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran; pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah; daya saing melonjak, matawang terbaik Asia," ujar beliau.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Kerangka Ekonomi Madani diperkenalkan bersama beberapa dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan ekonomi seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35).

Tambah beliau lagi, Belanjawan Madani Kelima akan menandai ikhtiar seterusnya dalam menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang.

"Sambil reformasi diteruskan tanpa gentar, hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan, mesti kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar.

"Selari dengan Kerangka Ekonomi Madani dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030, Belanjawan ini waad nasional bagi menggapai di langit, mengakar di bumi berpaksikan lapan lunas utama," katanya.