KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi projek jalan desa akan ditingkatkan kepada RM2.3 Billion, ketimbang RM1.3 Billion pada tahun 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara keseluruhan, projek untuk prasarana asas desa diperuntukkan RM3.3 Billion termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.