KUALA LUMPUR - Kerajaan menaikkan kelayakan subsidi petrol menerusi BUDI95 kepada 300 liter sebulan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelayakan BUDI Diesel turut dinaikkan kepada 400 liter sebulan bagi pemilik jip dan pikap.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu dilaksanakan bulan lalu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan menambah baik dasar bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
"Berdasarkan rekod September, kira-kira 100,000 pengguna atau kurang satu peratus menggunakan sepenuhnya kelayakan BUDI95 sebanyak 300 liter sebulan.
"15,000 pengguna diesel jip dan pikap menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel 400 liter. Ini membuktikan bahawa kelayakan bulanan yang diberi adalah mencukupi untuk penggunaan rakyat Malaysia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan, kerajaan turut menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam kepada 800 kilowatt-jam sebulan pada bulan lepas.
Menurutnya, keputusan terbabit memberi manfaat kepada lebih lapan juta pengguna atau sehingga 90 peratus pengguna domestik.
AKAN MENYUSUL