Disangka pelancong Malaysia, video suap rusa dengan sampah di Jepun bongkar identiti sebenar

Iklan
Rakaman yang tular di media sosial itu pada mulanya menyebut pelaku sebagai pelancong Malaysia. - Foto Agensi

NARA — [DIKEMAS KINI]  Tindakan sekumpulan pelancong Indonesia yang dipercayai cuba memberi sisa plastik kepada rusa di Taman Nara, Jepun mengundang teguran seorang ahli majlis bandar raya yang berang melihat perbuatan itu.

Insiden berkenaan dirakam oleh Ryuhei Harada dikenali di media sosial sebagai 'Hezuma Ryu', bekas YouTuber yang kini merupakan ahli majlis bandar raya Nara.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, @hezumaryuaaa, Harada dilihat menghampiri kumpulan pelancong itu sebelum menegur mereka dengan suara lantang.

Menurut Harada, pelancong berkenaan memohon maaf ketika rakaman dibuat. Bagaimanapun, beliau mendakwa mereka mula bertindak agresif selepas rakaman dihentikan.

Iklan

Kebanyakan pengguna media sosial turut menyokong tindakan tegas Harada menegur pelancong berkenaan demi melindungi hidupan liar.

Pada mulanya, klip itu mencetuskan kekeliruan apabila kapsyen yang dikongsikan di beberapa platform media sosial merujuk pelaku sebagai pelancong Malaysia hingga mencetuskan kritikan ramai sebelum identiti sebenar mereka diperjelaskan. - Agensi

Iklan