JustGO rekod lebih tiga juta transaksi, sasar peluasan rangkaian tol

Iklan
Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi (depan, empat dari kiri) menerima cenderamata semasa melawat reruai JustGO di MyARTTE 2026.

SHAH ALAM - Sistem pembayaran tol terbuka berasaskan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), JustGO merekodkan lebih tiga juta transaksi dalam keadaan trafik sebenar, sekali gus menjadi langkah praktikal ke arah pelaksanaan penuh sistem Multi-Lane Fast Flow (MLFF) di Malaysia.

JustGO Solutions Sdn Bhd berkata, sistem berkenaan kini tersedia di 93 plaza tol melibatkan 966 lorong, membolehkan pengguna berdaftar memilih mana-mana lorong di plaza tol yang menyokong perkhidmatan itu.

Iklan
Iklan

"JustGO menggunakan teknologi ANPR untuk membaca nombor pendaftaran kenderaan yang berdaftar dan membolehkan tol dibayar melalui kad debit atau kredit yang telah dipautkan.

"Pengguna tidak perlu menyentuh kad, menambah nilai baki berasingan atau memasang peranti dalam kenderaan. Pendaftaran adalah percuma dan kadar tol biasa dikenakan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Senarai perkhidmatan JustGO.

Mengulas lanjut, JustGO memaklumkan, sistem pembayaran terbuka ini menyokong kad debit dan kredit, manakala pembayaran terus daripada akaun bank serta melalui e-dompet akan diperkenalkan secara berperingkat.

Iklan

Menurut syarikat itu, langkah seterusnya adalah memperluas JustGO kepada lebih banyak lebuh raya berdasarkan pengalaman mengendalikan sistem berkenaan walau dalam keadaan trafik sebenar.

"Penyertaan lebih banyak lebuh raya dalam platform sama akan membolehkan pengguna menikmati pengalaman pembayaran tol yang lebih lancar merentas rangkaian.

Pengguna yang ingin menikmati kemudahan berkenaan perlu memuat turun aplikasi JustGO menerusi Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery sebelum melengkapkan pengesahan identiti, pendaftaran kenderaan dan pemautan kaedah pembayaran.

Pembayaran tol menggunakan JustGO boleh dilakukan selepas status ANPR kenderaan dipaparkan sebagai ‘Aktif’ dalam aplikasi.