Polis sahkan insiden tembakan berhampiran Zoo Johor, seorang cedera

Iklan
Polis mengesahkan insiden tembakan melibatkan anggotanya berlaku berhampiran Zoo Johor di Jalan Gertak Merah. Foto tular

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kejadian tembakan membabitkan anggota polis dan orang awam berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau turut memaklumkan, seorang orang awam cedera dalam kejadian berkenaan.

“Saya akan buat sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, jam 11 pagi, Jumaat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Selain itu, beliau berkata sidang akhbar itu juga akan memaklumkan perkembangan baharu siasatan kes kematian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di Yong Peng, Batu Pahat.

Pada 3 Oktober, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah di Yong Peng sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan

Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.