RIYADH - Negara-negara Arab dan pertubuhan serantau termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengutuk serangan Houthi terhadap dua lapangan terbang di Arab Saudi yang meragut tiga nyawa dan mencederakan puluhan termasuk warga asing pada Rabu.
Kempen pengeboman menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir bersempadan dengan Yemen dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh itu disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa serta ancaman nyata terhadap keselamatan orang awam.