Melaka tutup sekolah jika IPU cecah 200

Iklan
Jerebu di Melaka belum catat IPU 200 setakat pagi ini. Gambar kecil: Rahmad.

MELAKA - Melaka akan menutup semua sekolah di negeri ini sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Ia selaras arahan Kementerian Pendidikan (KPM) agar semua sekolah di kawasan atau daerah yang merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat ditutup serta-merta.

Iklan
Iklan

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini bacaan IPU di negeri berkenaan masih berada pada paras 172.

Setakat ini, bacaan IPU masih belum melebihi 200. Kalau melebihi paras tersebut, kita akan tutup sekolah. Buat masa ini, IPU adalah 172 dan pemantauan akan terus dilakukan,” katanya pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, semua sekolah di Johor ditutup selama dua hari pada Khamis dan Jumaat berikutan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri itu.

Keputusan berkenaan dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid.

Iklan

Rahmad berkata, orang ramai khususnya golongan berisiko dan pelajar dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperbanyakkan minum air serta mengurangkan aktiviti di luar.

“Pelajar turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko terdedah kepada kesan jerebu, namun pemakaiannya tidak diwajibkan.

“Sekiranya penutupan sekolah perlu dilaksanakan, pengumuman mengenainya akan dibuat melalui media dan saluran rasmi kerajaan,” katanya.