SEREMBAN - Seramai tujuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu dijangka mengisi barisan pentadbiran Negeri Sembilan, berbanding 10 anggota sebelum ini.
Antara nama yang dikatakan bakal menganggotai barisan Exco baharu itu ialah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO iaitu ADUN Pilah, S Leza Md Yasin; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.
Iklan
Iklan
Selain itu, ADUN Repah daripada MCA, Koh Kim Swee dan ADUN Gemas daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad.
Sumber berkata, majlis angkat sumpah barisan Exco baharu itu dijadual berlangsung di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Ahad ini.
Terdahulu, Ismail pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada Jumaat memaklumkan pelantikan Exco baharu akan dibuat dalam waktu terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
"Saya tak boleh kata putus, terpulang kepada Tuanku. Tapi ini salah satu kaedah yang mesti kita buat supaya pentadbiran kerajaan negeri dapat bergerak," katanya
Artikel Berkaitan