Empat pelajar maut ketika bersihkan tangki air

Iklan
Empat pelajar maut ketika membersihkna tangki air sekolah Vrindavan, India pada malam Selasa. - Gambar hiasan

MATHURA – Empat pelajar maut manakala seorang lagi terselamat selepas memasuki tangki air untuk membersihkannya di sebuah sekolah berasrama di Vrindavan, India pada malam Selasa.

Ketua Penguasa Polis (SSP) Mathura, Shlok Kumar berkata, seorang pelajar terlebih dahulu memasuki tangki berkenaan namun tidak keluar sebelum empat lagi pelajar menyusul.

Iklan
Iklan

"Kelima-lima pelajar dikejarkan ke hospital sebelum empat daripada mereka disahkan meninggal dunia," katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Manu Katara, 24; Rishab Sharma, 18; Aryan Sharma, 18 dan Devansh, 17.

Iklan

Pelajar yang terselamat, Rudra Videsh, 18, kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam video yang tersebar di media sosial, Rudra mendakwa dia mengalami sesak nafas selepas memasuki tangki berkenaan sebelum diselamatkan oleh guru dan pelajar senior menggunakan tali serta tangga.

Iklan

Sementara itu, polis menahan pengurus sekolah, Ashish Sharma dan membuka siasatan berhubung kejadian.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, manakala mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa serta mengumumkan bantuan kewangan sebanyak Rs4 lakh kepada keluarga setiap pelajar yang meninggal dunia. - Agensi