Didera teman serumah dari neraka hingga maut, 60 tulang mangsa patah

Iklan
Tanitomi dilihat tersenyum ketika dibawa keluar sementara petugas media merakam detik penahanannya minggu lalu. Foto: Agensi

TOKYO – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis di wilayah Fukuoka, Jepun selepas disyaki menyebabkan kematian bekas rakan serumahnya yang dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal sehingga mengalami kira-kira 60 patah tulang di seluruh badan.

Suspek, Kintaro Tanitomi ditahan minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kematian Naoto Kaneda, 23, yang dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan parah susulan penderaan berulang.

Iklan
Iklan

Perbuatan pelaku terbongkar selepas Kaneda dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas tidak sedarkan diri, namun keadaannya tidak menunjukkan pemulihan sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac 2023.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian terhadap dakwaan penderaan termasuk kemungkinan mangsa dikawal dan dikurung.

Iklan

Suspek dipercayai turut mengawal pergerakan mangsa ketika berada di luar rumah selain memantau keberadaannya secara berkala.

Polis menahan Tanitomi untuk membantu siasatan, namun dia dilaporkan enggan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.

Iklan

Siasatan awal mendapati penderaan itu berlaku di sebuah pangsapuri di bandar Kurume pada Oktober 2022 kira-kira lima bulan sebelum Kaneda menemui ajal.

Selain itu, polis mendedahkan bahawa Tanitomi memaksa Kaneda memakai pelitup muka sepanjang masa termasuk ketika berada di dalam rumah. Pihak berkuasa percaya tindakan itu bertujuan menyembunyikan kesan penderaan fizikal daripada diketahui orang lain. - Agensi