Premis usang jadi sekolah Rohingya: MB Perak arah MBI segera siasat

Iklan
Isu mendapat perhatian selepas seorang lelaki membuat perkongsian video berdurasi kira-kira lima minit 24 saat di aplikasi TikTok.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah premis usang di Lahat di sini dijadikan sekolah untuk komuniti Rohingya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan perlu dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat sebarang kelulusan atau kebenaran berkaitan penggunaan premis berkenaan, sebelum tindakan sewajarnya dilakukan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini berada di bawah kawalan dan pentadbiran MBI.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Penutup Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia di sini pada Rabu.

Iklan

Saarani bercakap kepada pemberita pada Rabu.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas seorang lelaki membuat perkongsian video berdurasi kira-kira lima minit 24 saat di aplikasi TikTok.

Iklan

Video berkenaan memperlihatkan premis di tingkat atas sebuah bangunan usang yang didakwa dijadikan sekolah bagi komuniti Rohingya sejak 5 tahun lalu.

Rakaman video turut memaparkan temubual bersama seorang lelaki disyaki Rohingya yang mendakwa terdapat guru yang mengajar di premis berkenaan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, mana-mana entiti yang mahu membuka sekolah perlu mendapatkan lesen berkaitan daripada Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

Video berkenaan memperlihatkan premis di tingkat atas sebuah bangunan usang yang didakwa dijadikan sekolah bagi komuniti Rohingya sejak 5 tahun lalu.

Menurutnya, bagi membolehkan lesen berkenaan diperoleh, pihak terbabit juga perlu membuktikan mereka mendapat kebenaran menggunakan premis berkenaan.

"MBI ada kebenaran bertulis yang membolehkan bisnes itu ataupun aktiviti itu dijalankan di premis berkenaan.

"Kalau tidak ada, itu bermaksud tak sah. Jadi MBI boleh mengambil tindakan," katanya.