‘Kalau tak lulus SMA, macam mana saya boleh masuk universiti?’ - Naib Presiden Indonesia

Iklan
Gibran Foto: AFP

JAKARTA – “Kalau saya tidak lulus Sekolah Menengah Atas (SMA), saya tidak mungkin boleh masuk universiti.”

Demikian reaksi Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka selepas Mahkamah Konstitusi (MK) tidak menemukan dokumen yang boleh menunjukkan beliau menamatkan pendidikan setara SMA di luar negara.

Iklan
Iklan

Gibran menegaskan beliau kemudiannya melanjutkan pengajian sehingga peringkat ijazah di Singapura.

“Saya belajar sampai S1 (ijazah) juga di Singapura,” katanya pada Rabu.

Iklan

Kontroversi itu tercetus susulan keputusan MK dalam kes pertikaian syarat pendidikan Gibran ketika mendaftar sebagai calon Naib Presiden pada Pilihan Raya Presiden 2024.

Hakim MK, Arsul Sani berkata, dokumen certificate of attendance yang digunakan sebagai asas penerbitan surat penyetaraan tidak menerangkan bahawa Gibran berjaya menamatkan tahap pendidikan tertentu, sebaliknya hanya menunjukkan kehadiran dalam pengajian.

Iklan

Namun, MK menegaskan perkara itu tidak membolehkan mahkamah membatalkan atau melucutkan kelayakan Gibran sebagai Naib Presiden.

Mahkamah berpandangan soal kesahihan dan pemenuhan syarat calon berada dalam bidang kuasa institusi lain yang berwenang menilai kelayakan calon Presiden dan Naib Presiden.

Gibran berkata beliau menghormati keseluruhan proses serta keputusan MK.

Beliau turut menegaskan tumpuannya kini adalah untuk terus bekerja dan menjayakan visi, misi serta program Presiden Prabowo Subianto.

Menurutnya, isu berkaitan ijazah, sijil atau diploma luar negara yang boleh digunakan sebagai asas penyetaraan pendidikan akan disusuli kemudian. - Agensi