Tendang penunggang motosikal, polis buru indvidu dalam video tular

Iklan
Polis sedang mengesan individu yang bertindak menendang seorang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh, Tumpat yang dirakam dan tular di media sosial. FOTO: Video tular

TUMPAT - Polis sedang mengesan individu yang bertindak menendang seorang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh di sini yang dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan polis pada Selasa berhubung video berkenaan yang tular menerusi Facebook Info Tumpat Loni.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Setakat kenyataan ini dikeluarkan, penunggang motosikal berkenaan masih belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil membantu siasatan.

Iklan

"Orang ramai boleh menghubungi talian 011-11486922 atau hadir ke balai polis berhampiran.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan," katanya.

Mohd Khairi memberitahu, siasatan akan dijalankan secara telus dan adil bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.