Aksi pecah masuk rumah dirakam CCTV, polis buru dua lelaki

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan kegiatan jenayah dilakukan dua individu yang memecah masuk sebuah rumah di sini.

KLANG - Tindakan dua individu memecah masuk sebuah rumah di Taman Teluk Gedong Indah, di sini pada Isnin mengundang padah apabila mereka kini diburu polis selepas aksi itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai lelaki memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil mangga dan pintu depan sebelum mengambil barangan milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarkan RM1,500.

Iklan

"Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan kegiatan jenayah dilakukan dua individu yang memecah masuk sebuah rumah di sini.

Iklan

Tindakan kedua-dua suspek itu dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di media sosial.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohamad Helmi Mat Yusof di talian 019-423 8387, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.