KANGAR - Seorang penceramah motivasi yang ditahan reman dua hari berakhir hari ini dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Perlis, Deputi Superintenden Hamzah Hashim dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.