Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah, hingga 4 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah, hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kota Setar dan Kuala Muda serta Perak (Kerian).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Pulau Pinang dan Perlis, manakala di Sarawak melibatkan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi), Kuching (Lundu) serta Limbang (Limbang).

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Tambunan, Membakut, Keningau dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Kota Belud), Tawau (Kalabakan, Tawau dan Lahad Datu) serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama 

Iklan
Iklan