Presiden Nigeria sahkan 32 anggota tentera maut dalam nahas pesawat

Iklan
Pesawat tentera itu yang membawa 25 penumpang dan tujuh anak kapal, terhempas berhampiran Pangkalan Tentera Laut di Igbokoda. Foto: Reuters

ABUJA - Presiden Nigeria Bola Tinubu pada Isnin mengesahkan bahawa kesemua 32 individu yang menaiki pesawat tentera yang terhempas berhampiran komuniti tempatan di barat daya Negara Ondo negara itu telah terkorban, lapor Xinhua.

Pesawat tentera itu, yang membawa 25 penumpang dan tujuh anak kapal, terhempas berhampiran Pangkalan Tentera Laut di Igbokoda, sebuah komuniti sungai di Negeri Ondo, kata Festus Keyamo, Menteri Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa, dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan berasingan, Tinubu berkata:"Ini adalah saat yang memilukan bagi Angkatan Tentera dan untuk seluruh negara sambil menambah bahawa pengorbanan anggota Tentera Udara terbabit"tidak akan dilupakan."

Tentera Udara Nigeria mengesahkan sebelum ini bahawa pesawat itu ialah jenis turboprop enjin berkembar dan bukannya helikopter seperti yang dipercayai sebelum ini.

Iklan

Pesawat ATR-42 itu dalam misi rutin dari Benin, sebuah bandar di selatan Nigeria, ke Lagos apabila insiden itu berlaku, menurut Tentera Udara.

Tinubu memuji Tentera Udara kerana mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat serta-merta berikutan kemalangan itu. - Bernama-Xinhua

Iklan