Warga emas usia 71 tahun didakwa rogol anak majikan dalam tandas pusat beli belah

Iklan
Seorang warga emas didakwa merogol dan melakukan perbuatan luar tabii terhadap anak majikannya.

GEORGE TOWN - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan melakukan perbuatan luar tabii terhadap anak majikannya di sebuah pusat beli belah di sini pada Khamis lalu.

Chuah Cheng Seng, 71 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Hokkien di hadapan Hakim Juraidah Abbas di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Saya faham (kedua-dua pertuduhan).

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di tandas lelaki di tingkat 2, Pusat Beli Belah Gurney Plaza di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 1 Oktober lalu.

Iklan

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa merogol dan melakukan perbuatan luar tabii terhadap seorang remaja perempuan pada Khamis lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan hari sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja berusia 18 tahun di tandas lelaki di tingkat 2, Pusat Beli Belah Gurney Plaza di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan bagi setiap pertuduhan.

Beliau turut memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri setiap 1 haribulan setiap bulan di balai polis terdekat, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan dilarang mendekati atau mengganggu mangsa atau saksi.

Peguam, K Mahendran kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan anak guamnya kini tidak bekerja selain mengidap penyakit diabetes.

"Kehidupannya kini ditanggung anak lelaki yang bekerja sebagai jurujual dengan gaji bulanan RM2,000. Anaknya hadir pada hari ini untuk menjamin tertuduh," katanya.

Terdahulu, Mahendran terpaksa menenangkan tertuduh berikutan dia dilihat berada dalam ketakutan.

Juraidah kemudiannya menetapkan jaminan RM14,00 dengan seorang penjamin warga tempatan bagi kedua-dua pertuduhan.

Beliau juga membenarkan kesemua syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.

Kes ditangguh sehingga 16 November untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan, ketika berada di pusat beli-belah berkenaan, suspek didakwa menarik mangsa masuk ke tandas lelaki di tingkat dua sebelum merogol dan melakukan serangan seksual terhadapnya secara paksa.

Serangan itu dilaporkan berterusan sehingga seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan mengetuk pintu tandas.

Selepas kejadian itu, suspek didakwa memberikan wang tunai kepada mangsa sebelum membawanya kembali ke kedai bapa mangsa yang terletak di kawasan berhampiran.

Trauma dengan kejadian berkenaan, remaja itu menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya sebelum mereka membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek.