Kerajaan perlu sediakan peruntukan lantik bekas tentera jadi warden di sekolah - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyediakan peruntukan bagi melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah berasrama.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu penting dalam mengurangkan beban guru yang turut memikul tanggungjawab mengurus pelajar.

Iklan
Iklan

"Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa bekas tentera untuk kurangkan beban guru dan CCTV di semua sekolah asrama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi pernah menyaran KPM melaksanakan inisiatif itu bagi menangani isu buli selain membuka peluang pekerjaan kepada golongan veteran.

Iklan

Malah, pihaknya sedia berkongsi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hasil laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai keberkesanan Projek Rintis Pelantikan Warden Luar Sepenuh Masa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau turut memaklumkan, pelaksanaan inisiatif itu turut memberi kesan positif kepada guru kerana mereka tidak lagi terbeban dengan tugas warden, sekali gus dapat memberi tumpuan kepada tanggungjawab hakiki sebagai pendidik.

Iklan