Perketat kawalan warga asing dalam sektor makanan

Iklan
Lambakan warga asing dalam sektor masakan dan perkhidmatan restoran di Malaysia memerlukan kawalan dan tindakan lebih menyeluruh. Gambar kecil: Rosli

PENGUATKUASAAN terhadap warga asing yang bekerja dalam sektor makanan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pekerja dari Thailand.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, penglibatan warga asing dalam industri makanan dan minuman (F&B) semakin meluas dan wajar diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ramai pengguna mungkin menyangka makanan yang dinikmati di premis tempatan dimasak oleh rakyat Malaysia, sedangkan sebahagian daripadanya sebenarnya disediakan oleh tukang masak warga asing.

"Kalau kita lihat di premis makanan dalam pasar raya, ramai pekerja warga Bangladesh terlibat dalam operasi perniagaan makanan.

Iklan

"Begitu juga dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang masak. Kita pergi makan asam pedas dan menyangka ia dimasak oleh rakyat tempatan, sedangkan ada yang dimasak oleh warga Indonesia," katanya kepada Sinar Bisnes.

Beliau berkata, keadaan sama turut dapat dilihat dalam perkembangan perniagaan makanan tertentu yang semakin popular di negara ini, termasuk ayam gepuk.

Iklan

"Perkara seperti ini perlu dipantau dan dikawal oleh kerajaan. Jika ada pelanggaran syarat atau peraturan, tindakan perlu diambil," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Imigresen terhadap warga Thailand yang bekerja tanpa kebenaran dalam sektor restoran.

Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia, seramai 12,629 pekerja Thailand memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih aktif dalam sektor masakan dan perkhidmatan restoran setakat 15 September lalu.

Daripada jumlah itu, 12,541 orang bekerja sebagai tukang masak, manakala selebihnya terdiri daripada krew restoran serta pekerja kedai makan dan restoran.