KKM umum RM3.805 juta peruntukan khas kesihatan di Kedah

Iklan
Dzulkefly beramah mesra dengan salah seorang pesakit ketika melawat Jabatan Pesakit Luar Hospital Sultan Abdul Halim pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelulusan peruntukan khas keseluruhan berjumlah RM3.805 juta bagi meningkatkan fasiliti di Kedah khususnya daerah Kuala Muda.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, lebih RM2.592 diperuntukkan untuk pembaikan dan naik taraf jabatan kecemasan, serta penukaran lantai wad kepada vinyl demi kawalan jangkitan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Iklan
Iklan

"Selain itu peruntukan turut melibatkan perolehan aset, merangkumi item aset perubatan dan aset bukan perubatan dan 20 unit stretcher bed," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Lawatan Kerja Menteri Kesihatan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, peruntukan turut merangkumi Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandar Sungai Petani berjumlah RM564,800 sebagai kesiapsiagaan fasa pengoperasian awal dan perolehan aset perubatan serta sokongan tambahan termasuk Klinik Pergigian berjumlah RM398,800.

Menurutnya, langkah itu mencerminkan komitmen berterusan KKM dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer, memantapkan perkhidmatan transfusi darah dan kepakaran, serta memastikan aset, infrastruktur selesa untuk rakyat.

Iklan

Dalam masa sama, beliau turut memuji inisiatif pihak HSAH melaksanakan Model Integrasi Vertikal Kluster Kedah Tengah 2026 dan 'After Hours Clinic' dengan kerjasama rapat antara Hospital Yan, Hospital Sik dan Pejabat kesihatan Daerah (PKD) mengatasi kesesakan pesakit.

"Dilaksanakan sejak 17 Ogos lepas di mana klinik pakar dan klinik kesihatan beroperasi luar waktu pejabat bagi menyerap limpahan pesakit luar dan pesakit zon hijau dari Jabatan kecemasan HSAH.

"Doktor bertugas secara locum datang daripada hospital-hospital tersebut... Hospital lain mungkin boleh contohi insiatif ini," katanya.