Kirim gambar terakhir anak tiga jam sebelum maut kemalangan

Iklan
Mohamad Sanuzi yang menunjukkan gambar dikirim bekas isteri sebelum kemalangan bersama anak mereka.

KOTA BHARU – Gambar anak perempuannya yang dihantar kira-kira tiga jam sebelum kemalangan menjadi kiriman terakhir diterima seorang bapa sebelum penantiannya hampir 10 jam untuk menyambut kepulangan anak itu berakhir dengan berita kematian.

Mohamad Sanuzi Mohd Nawi, 33, berkata, bekas isterinya, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, menghantar gambar anak perempuan mereka, Safiyya Haura Mohamad Sanuzi, 3, kira-kira jam 10 pagi pada Ahad sebelum memaklumkan sudah bertolak pulang dari Perak ke Kelantan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas di Gerik: Polis sahkan identiti mangsa

[VIDEO] 'Budak perempuan itu masih bergerak' - Pemandu lori saksi detik pilu nahas ragut empat nyawa

Iklan

Proses bedah siasat empat mangsa kemalangan maut di Gerik selesai

Empat maut nahas di Gerik: Jenazah Al Zubair selamat dikebumikan

Iklan

Katanya, kepulangan anaknya itu memang dinantikan setelah sekian lama tidak bertemu namun ketiadaan khabra hingga ke malam menyebabkan dirinya menghantar WhatApps untuk bertanyakan lokasi semasa mereka pada jam 8 malam.

“Saya diberitahu mereka kemalangan dan bekas isteri serta anak perempuan kami meninggal dunia. Masa itu saya terkelu serta tidak tahu nak rasa macam mana,” katanya ketika ditemui di Kampung Telaga Bata di sini pada Isnin.

Kemalangan berlaku jam 12.50 tengah hari pada Ahad itu melibatkan dua kereta iaitu Proton Pesona dan Perodua Axia serta sebuah lori di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak.

Jenazah kedua-dua mangsa yang tiba di Kota Bharu, Kelantan pada jam 8 malam.

Kesemua yang maut dalam Perodua Axia iaitu Tuan Shazrin, Safiyya Haura, dua rakan Tuan Shazrin, Al Zubair Deraman, 31, dan Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Turut ada dalam kenderaan itu, anak sulung Tuan Shazrin, Mohamad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9, juga anak tiri Mohamad Sanuzi.

Mohamad Shiraz Hammani kini dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah dengan patah paha, tangan dan pendarahan dalam kepala.

Menurut Mohamad Sanuzi, kali terakhir dirinya bertemu mereka kira-kira setahun lalu selepas bekas isterinya berpindah ke Tanjung Piandang, Perak.

Safiyya Haura

Katanya, jarak dan masalah pengangkutan menyebabkan mereka tidak dapat kerap berjumpa, namun hubungan dengan anaknya tidak pernah terputus.

“Kami selalu video call dan mesej. Saya juga ada kirim nafkah untuk anak.

“Anak itu baru pandai panggil saya Papa. Apabila video call, dia boleh bercakap sedikit-sedikit,” katanya.

Mohamad Sanuzi berkata, pada awalnya kepulangan itu dirancang bulan depan, namun bekas isterinya kemudian memaklumkan pada bahawa mereka sudah bertolak.

“Saya tunggu lama sebab ingat nak jumpa anak. Tak sangka akhirnya saya dapat berita macam ini,” katanya.