Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala - Polis

Iklan
Punca kematian Irene Sofiya (gambar kecil) akibat trauma tumpul di kepala selepas ditemui di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.

KUALA LUMPUR -- Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pelajar sekolah menengah yang dipercayai dibunuh pada Sabtu lepas mendapati, punca kematian akibat trauma tumpul di kepala (blunt trauma to the head).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan semalam oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Iklan
Iklan

"Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah ditangkap pada Sabtu lepas dan permohonan reman dibenarkan selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan

"Pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Iklan

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Menurutnya, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa direman enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes kematian Irene Sofiya yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, suspek ditahan kira-kira 7 malam tadi di sekitar Yong Peng, kira-kira sejam selepas polis menerima maklumat tentang kejadian berkenaan daripada orang awam pada kira-kira 5.50 petang.