Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Iklan
Polis memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Foto hiasan
MELAKA - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta Proton Saga di kawasan parkir Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner  Halim Abas dalam kenyataan pada Isnin berkata, wanita berusia 69 tahun itu ditemukan pada kira-kira jam 4 petang dan baru keluar dari hospital Melaka serta masih memakai pakaian hospital selain tangan kiri beranduh.
Iklan
Iklan
"Mangsa mendapatkan rawatan kerana retak bahu kiri akibat terjatuh di rumah. Anak lelaki mangsa yang berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada Hospital Melaka pada jam 1.50 tengah hari untuk membawa pulang wanita itu yang memakai pakaian hospital kerana tiada pakaian ganti,” katanya.
Halim berkata, setibanya di kawasan parkir pada kira-kira jam 2.50 petang, mangsa dikatakan enggan keluar dari kereta sebelum jiran mangsa yang berusia 47 tahun mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dalam keadaan sebelah kaki berada di luar kereta pada jam 3.30 petang.
Iklan
Beliau berkata, wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan pernah dirawat di Hospital Melaka.
Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada kecederaan yang mencurigakan dan setakat siasatan dijalankan, tiada unsur jenayah dikesan.
Iklan
Halim berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Isnin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes bunuh Irene Sofiya: Sekolah ada CCTV, tetapi tidak dipasang di lokasi kejadian - Fadhlina"><meta itemprop="description" content="Sekolah yang menjadi lokasi kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kemudahan itu tidak dipasang di tempat kejadian berlaku.
Mengesahkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan segera termasuk menambah baik sistem CCTV sedia ada serta memastikan peralatan yang rosak diperbaiki bagi meningkatkan aspek keselamatan di sekolah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799026/berita/semasa/kes-bunuh-irene-sofiya-sekolah-ada-cctv-tetapi-tidak-dipasang-di-lokasi-kejadian---fadhlina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangmedia #FadhlinaSidek #KPM #kesIreneSofiya #justiceforIreneSofiya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-05T03:58:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fTRSE1gmo1W_ESWbz/x1080"><meta itemprop="duration" content="P53S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbi4pam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbi4pam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbi4pam"></script>