Nak kahwin pun masih fikir rakyat

Iklan
Syed Saddiq dan Bella Astillah telah mengumumkan pernikahan mereka akan berlangsung pada 10 Oktober ini.

KALAU sebut BASS, Merak Jalanan percaya ramai sudah tahu ia merujuk pasangan popular Bella Astillah dan tunangnya, YB Syed Saddiq.

Baru-baru ini, bakal mempelai itu mengumumkan perincian majlis mereka, bermula pernikahan pada 10 Oktober, resepsi di Kuala Lumpur (18 Oktober), kenduri rakyat di Muar (25 Oktober) dan Kota Kinabalu (31 Oktober).

Iklan
Iklan

Yang menarik perhatian Merak bukan gelaran Wedding of the Year, sebaliknya konsep ‘Kenduri Rakyat’ yang bakal diketengahkan.

Kalau dah bergelar YB, majlis kahwin pun tetap ingat pada rakyat. Sayang YB pada Muar, sebagaimana sayangnya pada Bella. Bella pula, walaupun bukan YB, sudah macam YB di Sabah.

Iklan

Merak Jalanan yakin, konsep 'Kenduri Rakyat' ini bakal mencipta sejarah dalam dunia perkahwinan di negara kita.

Bayangkan, menurut Syed Saddiq, 10,000 orang dijangka hadir di Muar, bukan sahaja dari Johor, malah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Iklan

Tentang Bella, sebagai artis popular Malaysia, tidak perlu dipersoalkan lagi. Entah berapa ribu peminat bakal hadir, malah orang Sabah pun sudah sayang dengan YB Syed Saddiq.

Menarik juga konsep ini, memang betul-betul nampak macam kenduri untuk rakyat. Difahamkan akan ada 10,000 buah tangan kenduri.

Bagaimanapun, Bella dan YB Syed Saddiq awal-awal lagi memohon maaf jika makanan dan buah tangan tidak mencukupi, dengan konsep siapa cepat dia dapat.

Merak yakin semua orang faham. Yang penting, dapat bergambar dengan pengantin baharu. Cuma, jagalah adab bertandang ke ‘rumah orang’. Semoga majlis BASS lancar.