'Ulat' dikesan tawar khidmat hantar penumpang ke SIC

Iklan
Foto yang tular di media sosial.

SEPANG - Beberapa individu disyaki menawarkan perkhidmatan pengangkutan secara haram kepada pengunjung dan penonton yang menghadiri aksi Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Air Gulf Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini.

Mereka dikesan menawarkan perkhidmatan itu menerusi pelbagai platform aplikasi media sosial sama ada dari kawasan tertentu menuju ke SIC atau ke kawasan kenderaan diparkir.

Iklan
Iklan

Berdasarkan tinjauan di media sosial, penghantaran yang ditawarkan dengan menggunakan kereta atau motosikal.

Namun, motosikal lebih banyak menjadi pilihan pengunjung dan penonton bagi mengelakkan tempoh lebih lama disebabkan kesesakan menuju ke SIC.

Iklan

Menerusi aplikasi Threads, seorang penunggang motosikal menyediakan penghantaran dengan kadar RM10 dari Mitsui Sepang menuju ke SIC dan sebaliknya.

Ada juga individu yang menawarkan khidmat penghantaran motosikal dengan harga RM10 bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke SIC.

Iklan

Selain itu, ada juga ulat yang menawarkan penghantaran dengan kadar RM80 dalam jarak 10 kilometer (km).

Ulat-ulat itu juga turut dikesan menawarkan penggunaan topi keledar kepada penumpang mereka.

Tawaran ini dijangka menjadi pilihan kepada pengunjung dan penonton namun ia berisiko sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini termasuk kemalangan

Sinar Harian masih berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak penguatkuasaan mengenai kegiatan yang dipercayai bermula sejak Sabtu.

Difahamkan satu operasi penguatkuasaan masih sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan sekitar SIC dan lokasi 'hot spot' berhampiran SIC dan KLIA.

Selain itu, beberapa tindakan juga telah diambil berdasarkan perkongsian yang turut tular di media sosial.