KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta enam negeri hingga jam 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Hilir Perak serta seluruh Selangor.
Iklan
Iklan
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Pasir Puteh dan Bachok) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Sementara itu, di Sarawak ia melibatkan Limbang (Limbang), Miri (Marudi), Sri Aman (Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Betong), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau) dan Kapit (Song).
Bagi Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom dan Tambunan), Tawau (Kalabakan dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) serta Pantai Barat. - Bernama