Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KANGAR – Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah motivasi bebas pada Sabtu membabitkan seorang pengadu wanita berusia 19 tahun.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Iklan
Iklan

"Suspek kini dalam tempoh reman bagi kes terdahulu sehingga hari ini.

"Suspek akan diberi jaminan polis sebelum ditangkap semula oleh Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kangar bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan penceramah motivasi bebas berkenaan direman selama dua hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Lelaki itu ditahan di Sungai Petani, Kedah, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi permohonan reman.

Iklan

Hamzah berkata, suspek dijangka direman semula oleh pegawai penyiasat pada Isnin di Mahkamah Majistret Kangar bagi membantu siasatan berhubung laporan baharu itu.